
Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:
Pemuda : "Bagus ternakan biri-biri engkau. Boleh tak saya tanya beberapa soalan?"
Gembala : "Oh, boleh saja"
Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ini berjalan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih"
Gembala : "Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja"
Gembala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."
Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"
Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga"
Pemuda : (bengang, geleng kepala dan berlalu)
******
Cerita di atas adalah sekadar hiasan,hehe. Saya nak highlight kan bahawa manusia ni semua sahaja tanpa mengira keturunan, paras rupa, berat badan , kebijaksanaan mahupun harta benda. Kedudukan manusia berbeza mengikut amalan dan ketaqwaan sahaja. Firman Allah s.w.t
" sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa " (Al-Hujaraat:13)
Sabda Rasulullah s.a.w pula " Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh badan kamu dan bukan kepada bentuk kejadian kamu tetapi dia memandang kepada hati kamu"
comeynye kambing tu.... bila senyum mukanya mcm abg ijam..... hehehehehe... jgn marah ye.....
ReplyDelete